Hah macam mane?? senang x?
PROAKTIF 2013
Tuesday, 19 February 2013
Sunday, 17 February 2013
Tuesday, 5 February 2013
Pinjaman Perniagaan MARA
MARA atau Majlis Amanah Rakyat adalah merupakan antara agensi kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Antara bidang tugas yang perlu dilaksanakan oleh MARA adalah berkaitan bidang keusahawanan dan perniagaan seperti Program Pembangunan Usahawan, Pembangunan Industri dan Perniagaan, Pembiayaan Perniagaan serta dipertanggungjawabkan untuk mengusahakan pembangunan Premis Perniagaan. Selainbidang keusahawanan, MARA juga turut berperanan dalam membantu menaikkan taraf pendidikan negara. Boleh dikatakan setiap tahun MARA memperuntukkan sejumlah besar daripada kewangan mereka untuk disalurkan dalam bentuk tajaan dan pinjaman kepada para pelajar dalam pelbagai bidang. MARA juga turut dikenali dalam bidang pendidikan melalui penubuhan Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM. Apa yang dapat dirumuskan secara ringkas adalah MARA begitu gigih dalam menghasilkan lebih ramai usahawan-usahawan di negara kita selain sentiasa berusaha untuk melahirkan lebih ramai golongan bijak pandai di negara kita.
MARA juga telah menetapkan misi korporatnyauntuk menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk pengusahaan ekuiti Bumiputera. Untuk itu, MARA turut meletakkan sasaran bagi melahirkan usahawan yang berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan berintegriti, menyumbang kepada pemilikanekuiti, serta memudahkan sistem penyampaian. Bagi memastikan segala misi dan tujuan yang disasarkan tercapai, pihak MARA sedia membantu sesiapa sahaja terutama bagi mereka-mereka yang berminat untuk menjalankan apa jua jenis perniagaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Bantuan yang diberikan oleh MARA adalah dalam bentuk pinjaman atau pembiayaan.
Skim Pembiayaan Perniagaan yang diperkenalkan oleh MARA adalah meliputi mana-mana sektor perniagaan yang tidak bercanggah dengan Syariat Islam. MARA akan membantu perniagaan-perniagaan seperti Sektor Pembuatan, Perdagangan, Perkhidmatan dan Pemborongan. Sektor Pembuatan adalah seperti perusahaan perkilangan yang mengusahakan makanan dan minuman, plastik, elektrik dan komponennya, tekstil pakaian dan kulit, hasil pertanian, serta telekomunikasi. Konsep Perdagangan pula melibatkan urusan jual beli barangan seperti penjualan perabot, peruncitan, pasar mini, stesen minyak dan mana-mana yang berkaitan dengan aktiviti perdagangan. Kedai gunting rambut, restoran atau kedai-kedai makan, guaman dan klinik pula antara contoh bagi sektor Perkhidmatan. Pemborongan yang dimaksudkan oleh MARA pula adalah bagi kerja-kerja kontrak binaan, bekalan dan perkhidmatan seperti membina bangunan, membuat jalan dan pendawaian elektrik. Skop pembiyaan perniagaan yang ditekankan oleh MARA ini jelas tidak bertentangan langsung dengan hukum-hukum Islam.
Skim-Skim Pembiayaan Yang Ditawarkan Oleh MARA
- Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP)
SPPP ditawarkan bagi membiayai mana-mana projek perdagangan, pekhidmatan, pembuatan dan pengangkutan. Had pembiayaan atau pinjaman yang diberikan kepada Syarikat Milik Tunggal/ Persendirian adalah sehingga RM250,000 manakala untuk Syarikat Sendirian Berhad sehingga RM500,000. MARA akan menilai terlebih dahulu tentang belanjawan kasar bagi sesuatu projek sebelum meluluskan sebarang pinjaman.
- Skim Pembiayaan Komersial
Skim Pembiayaan Komersial adalah bagi tujuan pembelian premis perniagaan yang bertaraf kekal dan siap dibina atau pembinaan premis perniagaan di atas tanah milik sendiri. Had pinjaman yang diberikan MARA bagi Skim Pembiayaan Komersial adalah sama seperti Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan.
- Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
SPiKE pula ditawarkan kepada kerja-kerja kontrak pembinaan, bekalan, perkhidmatan, dan kerja-kerja elektrik. Pinjaman yang diberikan adalah kepada mana-mana kontraktor kelas F, D dan E. Kadarpinjaman yang boleh diluluskan MARA adalah sehingga RM500,000.
- Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
Merupakan antara skim yang memberikan kemudahan pinjaman kepada usahawan-usahawan Bumiputera yang terpilih. Bagi memastikan SJUM dapat dilaksanakan dengan baik, MARA telah bekerjasama dengan bank komersial yang menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA berperanan sebagai penjamin. SJUM juga menawarkan jumlah pinjaman tertinggi sehingga mencecah RM2 juta dan serendah RM500,000.
Keempat-empat skim yang diperkenalkan mempunyai pengkhususan tersendiri dan kesemuanya adalah bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan yang berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada atau membuka perniagaan baru.
Prosedur Permohonan Pembiayaan Perniagaan
Terdapat beberapa prosedur yang digariskan oleh MARA untuk mana-mana syarikat yang berminat untuk mendapatkan bantuan pinjaman yang ditawarkan. Bagi Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) dan Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP), borang permohonan boleh didapati melalui mana-mana Pejabat MARA Daerah/Negeri yang berhampiran. Sebanyak empat borang yang perlu didapatkan iaitu :
- Borang Permohonan Pembiayaan Perniagaan
- Borang Maklumat Peribadi
- Borang Jaminan/Cagaran
- Senarai Semak Permohonan Pembiayaan
Sejumlah bayaran pemprosesan permohonan juga dikenakan mengikut kadar pinjaman yang dimohon. Bagi Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM), permohonan boleh dilakukan dengan menggunakan rancangan perniagaan kepada bank komersial yang berhampiran iaitu Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA dan Bank Muamalat Malaysia Berhad.
Para usahawan boleh membuat permohonan di Pejabat MARA Daerah dan setelah diteliti oleh Pejabat MARA Daerah, borang tersebut akan dihantar kepada Pejabat MARA Negeri/Bahagian Pembiayaan Perniagaan dan sekiranya Pejabat MARA Daerah tidak berpuas hati, borang-borang tersebut akan dikembalikan semula kepada pihak pemohon. Pejabat MARA Negeri/Bahagian Pembiayaan Perniagaan bertindak sama ada untuk meluluskan atau tidak permohonan yang telah dibuat. Pejabat MARA Negeri mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sebarang keputusan bagi permohonan yang melibatkan Skim SPiKE dan Skim SPPP yang melibatkan permohonan pembiayaan sehingga RM250,000. Bahagian Pembiayaan Perniagaan pula berbidang kuasa untuk sebarang permohonan Skim SPPP yang berjumlah RM250,001 sehingga RM500,000 dan Skim SJUM. Sebarang keputusan akan dimaklumkan oleh MARA kepada pihak pemohon dalam tempoh 14 hari bekerja.
Selain itu, bagi memudahkan para pelanggan, MARA turut menyediakan garis panduan berkaitan bagaimana untuk menyediakan rancangan perniagaan. Tujuan rancangan perniagaan perlu disediakan adalah untuk membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal. Selain itu, rancangan perniagaan dapat menjadi satu kayu ukur bagi pengurusan perniagaan dalam masa yang sama mengkaji sama ada projek yang akan dilaksanakan berdaya maju atau sebaliknya. Rancangan perniagaan juga berperanan untuk meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan. Dengan adanya rancangan perniagaan, maka objektif dan peluang untuk melaksanakan perniagaan tersebut adalah lebih cerah dan mudah.
Dalam persoalan cagaran atau jaminan pula, MARA telah mengenalpasti beberapa langkah dan kaedah. Bagi Jaminan Orang Perseorangan iaitu bagi yang bermajikan, adalah dibenarkan dengan mengambil mana-mana kakitangan sektor awam atau swasta sebagai penjamin. Cara kedua pula adalah melalui cagaran tanah. MARA menerima tanah sebagai cagaran bagi tanah yang bebas dari sekatan, milik sendiri, atau milik ibu bapa dan saudara-saudara yang terdekat. MARA turut membenarkan cagaran yang dibuat dengan menggabungkan penjamin dan juga tanah. Selain itu, jaminan tambahan yang dibenarkan adalah seperti jaminan Ahli Lembaga Pengarah untuk Syarikat Sendirian Berhad, Surat Ikatan Serahak bagi pembiayaan kontrak, dan Perjanjian ‘Debenture’ bagi pembiayaan RM250,001 dan ke atas. Cagaran atau jaminan yang dikenakan oleh MARA bertujuan untuk memastikan para usahawan lebih bersungguh-sungguh dan gigih menjalankan perniagaan apabila telah mendapat pembiayaan daripada MARA.
MARA turut menyediakan perkhidmatan taklimat pembiayaan yang telah dijadualkan mengikut tarikh-tarikh tertentu. Ini bagi memastikan, para usahawan berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang skim-skim pinjaman yang ditawarkan. Taklimat pembiayaan yang diadakan juga merupakan salah satu strategi bagi MARA mempromosikan skim-skim yang ada kepada msyarakat secara umum. Sesiapa sahaja yang berminat boleh menyertai sesi taklimat ini dengan menghubungi pihak MARA untuk mendapatkan butir-butir berkaitan penganjuran taklimat tersebut.
Syarat Kelayakan Permohonan
Namun begitu, para usahawan juga perlulah meneliti terlebih dahulu berkaitan syarat-syarat kelayakan untuk memohon skim-skim yang ditawarkan MARA. Sekiranya ada aman-mana syarat-syarat ini yang tidak dapat dipenuhi oleh pihak pemohon, maka sudah tentu sukar untuk mendapatkan sebarang pembiayaan. Syarat-syarat kelayakan memohon skim-skim MARA adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera
- Berumur 18 tahun dan keatas
- Pengalaman atau pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek
- Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa
- Dapat mengemukakan cagaran/jaminan yang mencukupi
- Perlu mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang yang diceburi kurang daripada 6 bulan
- Menjalani ujian Psikometri (kecuali Skim SPiKE)
Syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA perlu dipenuhi dan dipatuhi bagi memudahkan segala proses pembiayaan. Apa yang pasti, syarat-syarat ini adalah untuk memastikan para usahawan yang ingin memohon benar-benar bersedia untuk melaksanakan sebarang projek dan perniagaan apabila permohonan pembiayaan telah diluluskan.
Keistimewaan Pembiayaan Perniagaan MARA
Terdapat beberapa keistimewaan bagi pembiayaan perniagaan yang diperkenalkan oleh MARA. Antaranya ialah konsep yang dibawa MARA berasaskan kepada kaedah-kaedah yang diperkenalkan oleh Islam. Terdapat lima kaedah yang diguna pakai dalam mengetengahkan konsep pembiayaan perniagaan MARA. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut :
- Al Bai – Bithaman Ajil (Jualan dengan Harga Tangguh)
Bagi konsep ini, pembiayaan boleh digunakan bagi semua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan seperti membeli harta tetap, keperluan modal kerja, belanja mengurus dan jaminan bank.
- Al-Murabahah (Jualan dengan tambang untung)
Digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang-barang separuh siap, barang-barang siap dan kelengkapan alat ganti.
- Al-Ijarah (Pajakan atau Sewaan)
Pelanggan yang memerlukan peralatan loji, mesin, kenderaan atau aset mudah alih boleh menyewa peralata tersebut daripada MARA. Apabila bayaran sewa diselesaikan, peralatan tersebut dipindahmilik kepada pelanggan.
- Bai Al – Inah (Menjual sesuatu barangan dengan harta tangguh kepada pembeli)
Konsep inikhususbagi kegunaan belanja mengurus sahaja seperti membayar gaji, sewa premis, elektrik dan air.
- Musyarakah Mutanaqisah
Perkongsian di bawah kontrak Musyarakah Islam di antara MARA dan pelanggan mengikut perjanjian yang mana salah satu pihak berhak untuk menebus balik kesemua pegangan syer pihak yang satu lagi dalam perkongsian mereka. Konsep ini digunakan dalam Skim Pembiayaan Premis Komersial.
Secara ringkasnya, dapat dirumuskan bahawa MARA sangat prihatin dan aktif dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan Melayu dan Bumiputera. Skim-skim yang diperkenalkan MARA bertujuan untuk membantu para usahawan yang tidak mempunyai modal yang secukupnya untuk mengembangkan perniagaan mereka. Oleh itu, kesemua skim-skim yang ditawarkan MARA dilihat begitu berkesan dalam langkah mengangkat kedudukan ekonomi negara ke satu tahap yang lebih baik. Usaha MARA perlu terus disokong demi pembangunan negara ke arah lebih maju dan berkembang. Diharapkan agar MARA terus berdiri teguh dan menjadi nadi dalam memartabatkan bidang keusahawanan di negara ini.
USAHAWAN INTERNET
Tidak ada rugi
Ini pula kisah usahawan internet yang telah berjaya menjana pendapatan melalui internet dan melakukannya secara full-time di rumah. Saya juga ada membeli ebook beliau yang bertajuk Rahsia Zango. Yang mana ebook ini menceritakan bagaimana kita boleh buat duit melalui satu program pay per install Zango Cash. Ikuti kisah beliau di akhbar Kosmo online.
Pengusaha laman web dan blog, Samsul Zamzuri Abu Bakar mampu memperoleh pendapatan lima angka setiap bulan menerusi iklan yang masuk ke dalam laman-laman webnya.
HANYA menerusi iklan yang masuk ke dalam laman web atau blog, Samsul Zamzuri mampumemperoleh pendapatan lima angka sebulan.
SELAIN daripada perniagaan Internet, seseorang juga boleh memperoleh pendapatan menerusi iklan yang masuk ke dalam laman web atau blog mereka.
Menarik bukan? Anda hanya menulis atau mengemas kini laman web atau blog anda, dan iklan yang masuk memberikan anda pulangan yang besar.
Itulah yang telah terjadi kepada seorang pengusaha laman web dan blog, Samsul Zamzuri Abu Bakar yang kini hanya bekerja di rumahnya di Sungai Buloh, Selangor. Kerjaya sebagai juruaudit dalaman ditinggalkan Samsul Zamzuri, 33, sejak tahun 2005 setelah dua tahun membangunkan laman web dan blog.
"Saya mengambil keputusan itu setelah melihat ia mampu menjana pendapatan empat kali ganda lebih besar daripada apa yang saya lakukan pada masa itu.
"Kini, setiap bulan, saya mampu memperoleh pendapatan lima angka," kata Samsul yang merupakan graduan dalam bidang ekonomi dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
"Dan saya percaya, bukan setakat puluhan ribu, bahkan dengan pekerjaan ini mampu menjadikan seseorang itu jutawan. Di Malaysia, barangkali belum ada sesiapa yang bergelar jutawan hanya dengan iklan yang masuk ke dalam laman web atau blog.
"Tapi di luar negara, saya yakin ada. Yalah, kalau pendapatan sehari mereka mampu mencecah AS$5,000 dolar (RM15,950) masakan tidak boleh jadi jutawan," ujarnya yang mengusahakan laman web, portal, direktori web dan blog. Antaranya ialah www.osx-e.com dan blog webmaster Malaysia www.szab.net/blog/.
Menurut Samsul, pengiraan pendapatan menerusi laman web atau blog ialah bergantung kepada berapa banyak pengguna yang mengklik iklan tersebut dan bagi iklan banner pula berapa kali ia muncul berdasarkan lawatan pengguna yang masuk ke dalam laman webnya.
"Sebagai contoh, bagi iklan klik, satu klik iklan itu sahaja boleh bernilai serendah 3 sen Amerika sehingga menjangkau AS$80 dolar (RM255), setakat yang pernah saya ketahui. Nilainya berbeza mengikut iklan. Saya kebiasaannya mendapat antara 4 hingga 5 dolar (RM16) untuk satu iklan yang diklik pengguna.
"Bagi iklan banner pula, 1,000 kemunculan menyamai 8 dolar (RM25)," ujarnya.
Bercerita lanjut mengenai prosedur lazim yang dilalui untuk mendapatkan iklan, pengusaha laman web atau blog perlu memohon kemasukan iklan daripada syarikat perantara pengiklanan seperti Google Adsense menerusi laman web Google atau ValueClick Media.
Setelah mengisi borang permohonan yang berkehendakkan butiran mengenai laman web diisi, laman web berkenaan akan diperiksa dan diuji sama ada layak atau tidak untuk dimasuki iklan.
Pendapatan boleh diterima dengan beberapa cara antaranya kiriman cek atau sistem western union yang ditawarkan perkhidmatannya oleh bank dan pihak tertentu seperti bank CIMB, RHB dan pejabat pos.
Samsul turut menerangkan, selain daripada mendapat iklan secara perantaraan, ada juga iklan yang masuk ke dalam laman webnya secara terus. Ini biasanya melibatkan pengiklan dalam negara.
"Ia dilakukan dengan cara saya mengiklankan dalam laman web saya pelawaan untuk orang ramai atau pengiklan yang berminat untuk mengiklankan produk mereka di laman web atau blog saya," katanya.
Kini, masa Samsul banyak dihabiskan di rumah. Katanya, boleh dikatakan komputer di rumahnya terbuka 24 jam.
"Malam bila hendak tidur sahaja baru tutup," katanya yang sedang menunggu masa untuk mengambil anaknya di sekolah pada hari itu.
Tambah Samsul: "Apa yang boleh saya katakan, tidak ada ruginya melakukan kerja ini. Dengan modal yang terlalu sedikit, kita tidak akan rugi. Bahkan, margin keuntungan kita (perbezaan antara modal dan keuntungan) boleh jadi lebih tinggi daripada syarikat-syarikat besar.
"Apapun, nasihat saya sebelum menjadikannya kerjaya yang serius, Lakukannya sebagai hobikerana nasib juga memainkan peranan. Bukan semua laman web mudah melepasi ujian kemasukan iklan." -
CERITA KAMI
CERITA KAMI.....
kumpulan kami terdiri daripada 5 orang ahli iaitu nina , akma, pah ,peah,amirul dan akmal.. ^_^
AKTIVI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN DI DALAM KELAS.
Kumpulan yang diitugaskan untuk menjalankan kerja-kerja operasi sedang membentangkan bidang tugas dan pekara yang akan dijalankan ..
Tugas operasi masing-masing diketuai oleh Ketua kumpulan Aktif dan Proaktif iaitu Firdaus dan Amirul .. J
Tugas operasi masing-masing diketuai oleh Ketua kumpulan Aktif dan Proaktif iaitu Firdaus dan Amirul .. J
GOTONG ROYANG MEMBERSIHKAN TAPAK PERNIAGAAN.
Ahli kumpulan kami syarifah dan husnina sedan menyapu kawasan sekeliling kedai manakala akma sedang membersihkan gerai yang kelihatan agak berhabuk.
MEMBUAT PERSEDIAAN SEBELUM BERMULANYA PERNIAGAAN.
Sebagai kumpulan yang menguruskan bahagian operasi, kami menyediakan barang-barang yang akan di jual pada esok hari nya seperti cawan, plastik, botol sos, straw ,dan lain-lain lagi.
BERMULA LAH HARI PERNIAGAAN KAMI
Ini merupakan makanan yang digoreng oleh kumpulan Proaktif untuk jualan di kiosk …
NUGGETS
ANEKA MAKANAN
ISI KETAM
SOSEJ YANG DIREBUS SEBELUM DIMASAK
SEGALA MAKANAN INI KUMPULAN KAMI YANG SEDIAKAN, PROSES MENGORENG BERMULA DARI PUKUL 5.30 PAGI DAN AKAN DI AMBIL OLEH AMIRUL AHLI KUMPULAN KAMI UNTUK DI HANTAR KE KIOSK YES....
TUGASAN KEUSAHAWANAN.
kami diberi tugasan untuk berniaga di kawasan POLITEKNIK SEBERANG PERAI dan menjual produk yang telah ditetapkan oleh pensyarah kami, kumpulan kami diarahkan untuk menjual kerepek pisang..
Permulaan dalam penyediaan kerepek pisang untuk di jual….
Salah seorang Ahli Proaktif sedang membuat “packaging” untuk kerepek pisang…
Tugasan keusahawanan, 45 minit menjual boleh ke??
alhamdulillah habis semuanya....J
Yang dalam gambar ni Husnina namanya salah seorang ahli kumpulan proaktif.. benda yang dipegang tu bukannya hantaran tapi itula kerepek pisang yang dijual ahli kumpulan proaktif untuk tugasan keusahawanan .. murah ja .. sebungkus RM1.20
MEMBENTANGKAN TAJUK YANG DIBERI OLEH PENSYARAH.
kumpulan kami membentangkan tentang tingkah laku pengguna dan pembeli.
MEMBINCANGKAN MENU BARU YANG AKAN DIJUAL DI KIOSK YES.
MEMBENTANGKAN TAJUK YANG DIBERI OLEH PENSYARAH.
kumpulan kami membentangkan tentang tingkah laku pengguna dan pembeli.
MEMBINCANGKAN MENU BARU YANG AKAN DIJUAL DI KIOSK YES.
Kumpulan kami membincangkan menu baru daripada idea perniagaan kami... pada minggu hadapannya kami akan munukar menu iaitu kami tidak menggoreng nuget lagi ,kerana kami akan membuat Roti Hotdog dan Roti Sardin .
MENU BARU YANG KAMI SEDIAKAN.
Ini adalah sardin tin yang telah dihancurkan
Sunday, 3 February 2013
Kisah kami bermula di sini..
Assalamualaikum...
Hari ini bermulalah catatan kami sebagai pelajar semester 5 pengurusan perniagaan di POLITEKNIK Seberang Perai, Pulau Pinang. sebagai pelajar DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN), kami diwajibkan
untuk menubuhkan satu perniagaan dan mencipta satu blog yang kami nama kan sebagai kumpulan Proaktif di POLITEKNIK kami..maka dengan itu, akan terbitlah satu perniagaan dan juga aktiviti-aktiviti yang berlandas kan perniagaan dan disini la juga kami akan update setiap aktiviti yang kami lakukan di politeknik.harapan kami adalah semoga perniagaan ini akan berjaya dan produk kami akan mandapat sambutan ramai..INSYAALLAH..Aminn... ^_^
Hari ini bermulalah catatan kami sebagai pelajar semester 5 pengurusan perniagaan di POLITEKNIK Seberang Perai, Pulau Pinang. sebagai pelajar DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN), kami diwajibkan
untuk menubuhkan satu perniagaan dan mencipta satu blog yang kami nama kan sebagai kumpulan Proaktif di POLITEKNIK kami..maka dengan itu, akan terbitlah satu perniagaan dan juga aktiviti-aktiviti yang berlandas kan perniagaan dan disini la juga kami akan update setiap aktiviti yang kami lakukan di politeknik.harapan kami adalah semoga perniagaan ini akan berjaya dan produk kami akan mandapat sambutan ramai..INSYAALLAH..Aminn... ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)












